FUNGSI TERBAHARU SMARTSOFT 2019

Smartsoft 2019 kini telah dilengkapi dengan fungsi terbaru iaitu Personal Digital Library yang terdiri dari beribu Interactive e-book. Fungsi ini membolehkan para pelajar mendapatkan pelbagai sumber rujukan bagi tugasan dan tesis. Melalui Interactive e-book , pelajar juga boleh mendapatkan makna sesuatu perkataan atau istilah dengan pantas tanpa perlu menaip. Selain daripada fungsi kamus dan terjemahan yang terdapat pada e-book, perisian ini juga menawarkan fungsi sebutan.

Kamus dengan fungsi sebutan

Fungsi sebutan memudahkan anda mengetahui cara menyebut sesuatu perkataan bahasa Inggeris dengan betul. Terdapat beberapa jenis suara disediakan bergantung kepada keupayaan komputer anda.


Terjemahan 104 bahasa secara spontan

Anda boleh menterjemah 104 jenis bahasa ketika melayari internet secara spontan iaitu dengan 'Highlight' dan 'Copy'. Terjemahan akan dipaparkan secara automatik hanya dalam beberapa saat sahaja bergantung kepada kelajuan talian internet.


Terjemahan automatik



Pencarian makna automatik


Learn English Via Listening

Program belajar bahasa Inggeris dengan cara mudah iaitu dengar, baca dan sebut. Terdapat tiga tahap disediakan iaitu permulaan, pertengahan dan tinggi. Program ini membolehkan anda menguasai kosa kata dengan mudah kerana ia disusun dalam artikal yang berkait dengan pelbagai bidang. Program ini cukup berkesan terutama bagi mereka yang ingin memantapkan lagi asas penguasaan bahasa Inggeris untuk peringkat yang lebih tinggi.


Penyemak ejaan bahasa Melayu

Program smartsoft juga menyediakan penyemak ejaan bahasa Malayu dalam program Microsoft Word. Ejaan adalah berdasarkan kamus Dewan Edisi ke 4. Adanya program penyemak ejaan maka tugasan anda menjadi lebih mudah disamping dapat mengurangkan kesalahan menaip yang kerap berlaku.


Personal Library Manager

Personal Library Manager merupakan Digital Library peribadi yang terdiri lebih dari 70,000 buah Interactive e-book yang boleh dibaca di mana sahaja anda berada pada bila-bila masa secara OFF-LINE. Anda boleh mendapatkan makna sesuatu perkataan atau terjemahan frasa ayat dengan hanya Highlight pada perkataan atau ayat tersebut. Selain daripada itu, anda juga boleh mendengar cara menyebut perkataan tersebut dengan betul. Pada masa yang sama, anda boleh membuat Pop-up Note atau Highlight pada perkataan atau ayat dengan pelbagai warna bagi memudahkan pembacaan anda. e-book juga boleh dicetak mengikut muka surat tertentu atau secara keseluruhannya.


Kemas kini dan 'Active Folder'

Salah satu kelebihan smartsoft ialah sistem kemas kini dan naik taraf secara automatik. Selain itu terdapat satu folder yang dinamakan 'Active Folder' yang berfungsi untuk memasukkan kamus-kamus tambahan yang dibina dengan program Kamus Editor. Semua pengguna smartsoft akan mendapat kamus-kamus tambahan secara automatik apabila ia dibina oleh lain-lain pengguna.


Hubungi kami

Jika anda memerlukan bantuan teknikal sila hubungi kami di :
019-6342982
Waktu Operasi : 9.00 a.m - 5.00 pm (Isnin-Jumaat)